Keupayaan teknologi EM merawat sumber air tercemar bukanlah perkara baru. Jepun dan beberapa buah negara yang begitu komited dengan penggunaan mikrob EM telah berpuluh tahun lalu menggunakannya dalam melawan pencemaran air. Beberapa perairan di Jepun disahkan telah pulih daripada pencemaran sejak sekian lama. Di Thailand saya melihat sendiri bagaimana air sisa kumbahan dari ladang khinzir dirawat dengan berkesan menggunakan EM. Air kumbahan tidak berbau tengik sebagaimana keadaan ladang-ladang khinzir di negara kita. Air kumbahan yang telah dirawat itu boleh digunakan semula untuk tujuan pengairan tanaman dan sebagainya.
Di negara kita beberapa lokasi telah dijadikan lokasi mencuba penggunaan EM. Antaranya di perairan Pulau Pinang di mana projek besar telah dimulakan sejak Ogos tahun lalu (2009) di mana sejuta bola selut mengandungi EM dilontarkan ke perairan Pulau Pinang untuk merawat pencemaran air di sana yang begitu teruk sejak sekian lama. Di Selangor juga ada kumpulan aktivis EM yang menggunakan bola selut ntuk membersihkan perairan. Zoo Negara sedang melalui proses pembersihan air tasiknya yang teruk tercemar, dengan menggunakan bola selut juga. Hasil daripada kerja-kerja pemulihan ini akan dapat dilihat beberapa minggu kemudiannya. Hasilnya pasti akan dapat dilihat di mana keadaan pencemaran akan semakin membaik. Mungkin kita tidak dapat melihat perairan itu kembali bersih sebagaimana keadaan asalnya, kerana usaha pemulihan perlu dijalankan secara berterusan. Di samping itu aktiviti pencemaran masih tetap juga berlaku semasa usaha memulihkannya dibuat.
Untuk melihat kesannya yang jelas, di samping usaha memulihkannya dilakukan, penggna hendaklah menghentikan perbuatan dan amalan buruk mencemarkan perairan kita. Seandainya sikap buruk ini tidak dihentikan, biar berapa juta bola selut EM dibalingkan ke perairan, kesannya tidak akan dapat dilihat dengan cepat.
Bio.mic (cair) 1liter.
Sebelum ini pemulihan pencemaran air dilakukan dengan menggunakan cecair EM, di mana ia dicurahkan ke dalam sumber air yang tercemar. Terakhir ini ditemui kaedah baru iaitu menggunakan bola selut EM, di mana kaedah ini lebih berkesan kerana EM akan bekerja secara berterusan dalam tempoh waktu yang panjang. Sebiji bola selut EM berkesan untuk kawasan seluas satu meter persegi dan akan berfungsi selama sebulan.
Bola selut EM ini dibuat dengan campuran tanah dan cecair EM serta bokashi. Setelah beberapa hari ia dihasilkan, bola selut tersebut akan berubah menjadi keputihan ditumbuhi kulat. Itulah tanda proses pembuatan bola selut telah menjadi, dan sudah boleh digunakan.
Kami di IPAL turut menghasilkan bola-bola selut yang digunakan untuk tujuan membersihkan persekitaran perairan. Pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan bekalan bola selut atau berminat untuk menggunakannya bagi tujuan membersihkan sumber air, kolam ternakan dan sebagainya, bolehlah berhubung dengan kami. Pihak kami juga menyediakan stok EM cecair (Bio.mic) dan Bio.mic (padat) untuk digunakan bagi meleraikan sisa organik dan juga untuk digunakan bagi memfermentasi makanan ternakan.
Bio.mic (padat) 500mg.Bio.mic (padat) sesuai digunakan sebagai campuran makanan ternakan. Ia akan menjadi bahan probiotik yang bagus untuk sistem penghadaman binatang ternak. Di samping itu ia akan membantu menguatkan sistem imuniti ternakan, di mana ia dapat menghindarkan serangan penyakit. Di samping itu Bio.mic (padat) ini juga dapat membantu peningkatan berat badan ternakan.
No comments:
Post a Comment