Ketika post ini sedang ditulis, hujan sederhana sedang turun, namun ia turun sekejap sahaja. AlhamdulilLah, itulah kalimah yang mampu dilafazkan. Dalam keadaan cuaca kita yang sedang berjerebu agak teruk sejak beberapa hari lalu, hujan yang turun akan menjadi rahmat besar, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan buruk jerubu.
Seperti dijangka, apabila negara kita mengalami cuaca berjerebu yang teruk, maka antara penyumbang jerubu tersebut adalah kebakaran besar di negara jiran, Indonesia. Hal ini berlaku boleh dikatakan setiap tahun. Apabila terjadi kebakaran di Sumatera, maka kesan jerebu akan sampai ke tanahair kita.
Berdasarkan laporan akhbar semalam, Bernama melaporkan, berdasarkan laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan Asean Specialised Metrological Centre, menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat sejak Selasa lalu.
Imej satelit itu juga menunjukkan asap jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas wilayah Riau menghala ke pantai barat Semenanjung. Menurut kenyataan itu, bacaan indek Pencemar udara (IPU) dari 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS yang direkodkan pada jam 11 pagi Jumaat lalu, menunjukkan tiga stesen, Kuala Selangor (IPU 131), Pelabuhan Kelang (IPU 130) dan Shah Alam (IPU 106).
Beginilah nasib kita, terpaksa menghidu udara tercemar dengan asap pembakaran, yang berlaku di negara jiran. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan, namun nampaknya setiap tahun hal yang sama berulang juga seolah-olah tiada langsung usaha pencegahan diambil oleh negara berkenaan.
Biarpun kita mempunyai sempadan darat dan perairan, namun kita berkongsi ruang udara. Tiada sempadan udara kerana ia sentiasa bergerak ke mana sahaja tanpa mengenal sempadan negara atau sempadan negeri. Oleh itu dengan mudahnya pencemaran berpindah dari sebuah negara ke negara jiran membawa impak yang tidak sihat. Inilah suatu hal yang sulit untuk kita kawal.
3 nasihat buat diri
-
Assalamualaikum. InshaAllah post kali ini saya kongsikan satu hadis dari
Riyadus Salihin, dari bab Muraqabah.
Dari Abu Zar, iaitu Jundub bin Junadah dan Ab...
11 years ago
No comments:
Post a Comment